Jumaat, September 03, 2010
   
Saiz Teks

Sedikit Perubahan

Bagi sesiapa yang ingin mendaftar, sila maklumkan kepada pihak admin. Butang untuk pendaftaran baru telah kami disable untuk meminimumkan masalah spamming. Selain dari itu, website SMKPP.com telah kembali beroperasi.
 

Pengumuman Portal Mac 2010

Harap maaf lama tidak mengemaskini laman web ini. Sedikit pengumuman terkini SMKPP.com:

  1. Chat bar sudah diimplementasi dan dapat digunakan oleh semua ahli berdaftar smkpp.com. Kalau belum mendaftar, senang saja. Klik butang Log Masuk di bahagian atas kanan laman web ini dan klik link Cipta Akaun. Pastikan anda memasukkan alamat email yang betul kerana link pengaktifan akan dihantar ke email tersebut. Jika ada sebarang masalah, jangan malu-malu menghubungi admin laman web ini..:)
  2. Khas untuk guru-guru SMK Pinggan-Pinggan. Sila tuan-tuan dan puan-puan mengundi lokasi Annual Dinner 2010 di ruangan undian sebelah kolum kanan laman web ini. Tolong login sebelum mengundi...
  3. Ruangan sembang akan ditukar tidak lama lagi dan akan menggunakan sistem yang lebih baik dari sekarang. Sistem sediada nampaknya tidak dapat membendung masalah spammers.
Akhir kata, minta maaf sekiranya penggunaan bahasa saya tidak betul...:P
   

Pengumuman Portal Februari 2010

Sejak kebelakangan ini, pihak admin mendapati terlalu banyak akaun baru dicipta di dalam database laman web ini menggunakan nama dan email palsu. Aktiviti ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada kami untuk mengemaskini database, tetapi juga boleh mengakibatkan bebanan berlebihan ke atas server laman web. Atas alasan ini, kami akan memadam mana-mana akaun yang tidak aktif, tidak menggunakan nama yang betul  dan akaun yang kami anggap sebagai spam.
 
Sehubungan itu, kami memohon agar ahli sedia ada mengemaskini butiran masing-masing dengan kadar segera untuk memastikan akaun anda tidak dipadam. Pihak admin juga berasa kesal kerana terpaksa menutup ruangan sembang kepada pelawat disebabkan oleh aktiviti-aktiviti spammers yang menyalahguna kemudahan ini. Mulai sekarang, hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh menggunakan modul tersebut dan kami tidak bercadang untuk membukanya semula kepada umum.
 
Kami juga berharap agar semua ahli dapat memanfaatkan sepenuhnya ruangan forum web ini. Sila baca peraturan-peraturan forum sebelum membuat posting. Sebarang posting yang menyalahi undang-undang forum akan dipadam tanpa sebarang notis dan akaun pengguna tersebut akan digantung.
 
Pihak admin sedang mencari jalan untuk membuat chat bar seperti yang biasa dilihat di Facebook. Kami akan mengumumkan bila feature ini akan dapat diuji oleh semua ahli. Sila beri komen samada hendak menggunakan chat bar atau mengekalkan ruangan sembang seperti sekarang ini.
   

Selamat Datang..Selamat Bersua Kembali

Sesi persekolahan tahun 2010 telah bermula kembali dengan rasminya pada 4hb Januari 2010. Pelbagai aktiviti telah berlangsung di SMK Pinggan-Pinggan, Pitas pada minggu pertama sesi persekolahan. Antara aktiviti besar adalah pendaftaran pelajar tingkatan 1, orentasi pelajar tingkatan 1 dan juga larian merentas desa peringkat sekolah yang telah dilaksanakan pada 8hb Januari 2010 yang lepas.

Selain itu SMK Pinggan-Pinggan juga telah menerima ahli keluarga baru seramai 5 orang guru baru berpindah dan ditempatkan dan 5 orang GSTT disambung semula perkhidmatan. SMK Pinggan-Pinggan juga telah kehilangan 4 orang guru berpengalaman yang telah berpindah iaitu En Mohd Fikry, Pn Zalina Khalid , Pn Jusini Tampolong dan Cik Felicia Stephen. Diharapkan guru-guru yang berpindah ini akan terus menyumbang bakti ditempat baru dengan lebih dedikasi dan cemerlang tdan terus menjalinkan hubungan baik dengan guru-guru di SMK Pinggan-Pinggan, Pitas.

Selamat datang dan selamat bertugas kepada 5 orang guru tersebut iatu; En. Justin Tampuling, En. Jimmy, Pn. Hamidah Raya, Cik. Asnani Asik dan Cik Siti Rokiah Jairin. Semoga kehadiran ahli keluarga baru ini akan menambahkan lagi keceriaan dan peningkatan prestasi akademik di sekolah ini.

Diharapkan pada tahun 2010 akan mampu kita sumbangkan sesuatu yang lebih baik daripada tahun-tahun sudah. Selamat berkhidmat dengan penuh dedikasi dan iltizam yang tinggi.

   

Muka 1 daripada 4

Info Sekolah

HUBUNGI SEKOLAH

PENGETUA
SMK PINGGAN PINGGAN
P.O. BOX 441
89108 KOTA MARUDU
SABAH, MALAYSIA
 TEL: 088-671873
 FAX: 088-661090 


Masa Berurusan

Isnin - Khamis
08:00 pagi - 01:30 ptg

Jumaat
08:00 pagi - 11:30 pagi

Ibu bapa dilarang berada di dalam kawasan sekolah selepas pukul 06:30 pagi sehingga 01:30 petang tetapi boleh berurusan di pejabat sekolah.

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini17
mod_vvisit_counterSemalam79
mod_vvisit_counterMinggu Ini368
mod_vvisit_counterMinggu Lepas392
mod_vvisit_counterBulan Ini281
mod_vvisit_counterBulan Lepas2097
mod_vvisit_counterJumlah20516

Online (20 minit lepas): 1
IP Anda: 38.107.191.91
,
Hari ini: Sep 04, 2010

Tukar Template

Mixxmag
prev next

Pautan Web

Ramalan Cuaca

79°
26°
°F | °C
Mostly Cloudy
Humidity: 94%
Wind: W at 2 mph
Sat

75 | 89
23 | 31
Sun

75 | 89
23 | 31
Mon

75 | 89
23 | 31
Tue

73 | 86
22 | 30

Guru Bertugas

Abdullah Che Wil ABDULLAH CHE WIL
Aklima Yaakub AKLIMA YAAKUB

Takwim Sekolah

September 2010
A I S R K J S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Annual Dinner

Log masuk untuk mengundi

Siapa Online

Kami ada 17 tetamu online
JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval

Borang Login